Jenayah

Pekerja wanita ditemui mati dalam spa

KOTA KINABALU: Seorang pekerja wanita berusia 22 tahun ditemui mati oleh pengurusnya di sebuah spa di Jalan Mat Salleh, Tanjung Aru, di sini.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu, Asisten Komisioner M Chandra berkata, mangsa yang baru bekerja di spa berkenaan sejak tiga bulan lepas, ditemui dalam keadaan terbaring dengan kesan mulut berdarah dan kaku dalam salah sebuah bilik di premis berkenaan.

“Polis menerima panggilan daripada pengurus spa berkenaan pada jam 11.39 pagi dan pemeriksaan di tempat kejadian mendapati tiada kesan selongkar atau geledah di dalam bilik berkenaan.

“Tiada sebarang senjata dan sebarang sebarang ubat-ubatan yang dijumpai di kawasan sekitar lokasi berkenaan. Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Queen

Elizabeth di sini untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut sementara menunggu keputusan bedah siasat. – Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");