Sukan Hari Ini

Wawrinka akhiri badi empat kekalahan

Basel, Switzerland: Juara Terbuka AS, Stanislas Wawrinka (gambar) menamatkan rentetan empat kekalahan berturut-turut pada kejohanan Dalam Dewan Switzerland kelmarin apabila dia menyelamatkan maruah pemain pilihan pada hari pertama yang penuh kejutan.

Pemenang tiga gelaran Grand Slam itu, yang merangkul kejuaraan di Flushing Meadows dua bulan lalu, bergelut mengatasi pemain wild-card tempatan Marco Chiudinelli 6-7 (1/7), 6-1, 6-4 dalam tempoh dua setengah jam.

Dia memerlukan lima mata penamat sebelum layak ke pusingan kedua, memastikan kemenangan dengan servis ace ke-16 pada perlawanan itu.

Wawrinka tewas empat kejohanan terakhir Basel pada pusingan pertama selain tidak pernah melepasi pusingan separuh akhir dalam 12 penampilan sebelum ini.

Wawrinka mengakui dia berasa lega mengatasi Chiudinelli, pemain ranking ke-119 dan rakan masa kecil warga Basel, Roger Federer.

“Ia pertarungan sukar dari segi mental dan fizikal,” kata Wawrinka. “Satu pertembungan hebat dengan Marco, dia bermain di laman sendiri dan penyokong memihaknya.” – AFP/harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");