Berita Hari Ini

19 pegawai dikenakan tindakan tatatertib – KSN

PUTRAJAYA: Sebanyak 18 daripada 42 teguran punitif membabitkan 19 pegawai kerajaan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2015 Siri 2 mempunyai asas untuk dimulakan prosiding tatatertib.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa, berkata selain itu, lapan teguran didapati tiada unsur penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, salah laku atau kecuaian pelaksana tugas tetapi memerlukan penambahbaikan sistem, manakala 16 teguran masih dalam siasatan.

“Satu hasil pengauditan akan disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) iaitu skim penstabilan harga minyak masak membabitkan Kementerian Perusahaan, Perladangan dan Komoditi,” katanya ketika berucap pada Sesi Bersama Media Susulan Laporan Ketua Audit Negara 2015 Siri 2 di sini, hari ini.

Ali berkata, semua penemuan itu adalah hasil siasatan Jawatankuasa Siasatan Khas yang ditubuhkan kerajaan susulan laporan audit berkenaan yang menyiasat 10 teguran punitif membabitkan enam kementerian.

Beliau berkata, secara keseluruhannya, terdapat 944 teguran dalam Laporan Ketua Audit Negara 2015 Siri 2 iaitu 902 teguran pembetulan dan 42 teguran punitif membabitkan enam kementerian, lima badan berkanun Persekutuan dan lapan kerajaan negeri.

“Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sudah mengemukakan surat supaya Jawatankuasa Siasatan Dalaman ditubuhkan bagi menyiasat 32 teguran punitif membabitkan kerajaan negeri dan badan berkanun Persekutuan,” katanya.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");