Sukan Hari Ini

24 petinju muay thai gegar KL

KEJOHANAN Grand Final DBKL Kuda Merah International Muaythai Challenge 2016 bakal menjadi medan pertarungan sengit petinju hebat dari dalam dan luar negara.

Presiden Kelab Muay Thai Kuda Merah Kuala Lumpur, Rosli Yaacob berkata, seramai 12 juara dari tiga kejohanan tahun ini kembali dicabar oleh lawan masing-masing.

Katanya, turut dipertandingkan kali ini ialah tali pinggang Sinar Harian.

“Kepada peminat sukan muay thai, jangan lepaskan peluang menyaksikan kejohanan ini kerana petinju-petinju yang turun nanti bakal memberikan aksi memukau dan penuh bertenaga.

“Antaranya ialah juara bertahan edisi lalu, Tengku Shahrizal Tengku Abdul Rahman atau Pokku Kuda Merah dari Polis Diraja Malaysia (PDRM).

“Pokku akan dicabar oleh Rungrawee dari Thailand. Sementara Amirul Ariffin atau Ban Mero Kuda Merah pula akan berdepan petinju dari Filipina, Jonathan,” katanya.

Selain petinju dari Thailand dan Filipina, kejohanan kali ini turut menampilkan petinju dari Uzbekistan dan Afrika Selatan.

Kejohanan kali ini berlangsung di Stadium Titiwangsa Kuala Lumpur pada 26 dan 27 November ini.

Sinar Harian adalah akhbar rasmi kejohanan.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");