Berita Hari Ini

Caj RM20 Setiap Kenderaan Di Sempadan Thailand Belum Muktamad

GEORGE TOWN: Kerajaan masih mempertimbangkan cadangan untuk mengenakan caj kepada semua kenderaan persendirian di sempadan Malaysia-Thailand pada tahun depan.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Aziz Kaprawi berkata, caj RM20 akan dikenakan seperti di Johor.

“Kami mahu seragamkan semua sempadan imigresen dengan sistem komputer, bagi mengawal kegiatan jenayah seperti kegiatan klon kenderaan,” katanya.

Tambahnya, sistem caj yang diaktifkan di kedua-dua jalan masuk Johor, Tambak Johor dan Laluan Kedua telah berjalan lancar sejak dilaksanakan pada 1 November.

-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");