Jenayah

7 keluarga ‘hilang’ diminta tampil daftar

KUALA KUBU BHARU: Tujuh keluarga yang turut terbabit kejadian tanah runtuh di Taman Idaman, Serendah semalam, diminta tampil mendaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan R Supramaniam, berkata setakat ini hanya 57 daripada 64 keluarga mangsa tanah runtuh sudah mendaftar.

Katanya, seramai 128 orang daripada 26 keluarga ditempatkan di pusat pemindahan sementara manakala seorang individu orang kelainan upaya (OKU) dihantar ke hospital kerana mengalami kekejangan.

“Sebanyak 31 keluarga menumpang di rumah sanak-saudara di kawasan berhampiran.

“Justeru, kita minta tujuh keluarga yang belum dapat dikesan itu mendaftar secepat mungkin,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Dalam operasi berterusan sejak semalam, Supramaniam berkata, pasukan penyelamat berjaya mengeluarkan dua daripada tujuh kereta yang terbenam dalam tanah runtuh dan sebuah motosikal.

Beliau berkata, pasukan teknikal membabitkan Jabatan Kerja Raya (JKR), Jabatan Meteorologi dan Geosains (JMG) serta Jabatan Saliran dan Pengairan (JPS) sedang mengenal pasti punca kejadian.

“Orang ramai diminta mematuhi arahan dikeluarkan termasuk menggunakan lencongan disediakan,” katanya.

Sementara itu, penduduk Taman Idaman termasuk pusat pemindahan, Taman Anggerik dan Taman Serendah yang terjejas dengan kejadian tanah runtuh itu, menerima bantuan tangki air berfasa daripada Pengurusan Air Selangor, susulan gangguan bekalan.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Bencana Daerah, Mohd Fauzi Mohd Yatim, berkata keperluan harian mangsa terutama makan dan minum ditanggung pejabat daerah selama empat hari.

Beliau yang juga Pegawai Daerah Hulu Selangor, berkata JKM akan mengambil alih urusan selanjutnya selepas itu.

“Kita menerima banyak maklum balas daripada badan bukan kerajaan (NGO) yang ingin membantu manakala pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menawarkan diri untuk memasak,” katanya.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");