Membawang Hari Ini

Aishah tidak tertekan biarpun kerap jadi pengapit

KUALA LUMPUR: Pelakon Aishah Ilias, 29, tidak pernah berasa tertekan untuk segera mendirikan rumah tangga walaupun sudah menggalas enam kali tugasan sebagai pengiring pengantin.

Katanya, dia tumpang gembira apabila dapat berkongsi kenangan manis bersama mempelai terutama dikalangan teman rapat atau saudara terdekat yang memberi kepercayaan menemani mereka sepanjang hari bersejarah masing-masing.

“Saya seronok menjadi pengiring pengantin. Bukan selalu pun. Boleh dikira dan kesempatan sebegini biasanya setahun sekali. Apa pun berada di dalam majlis perkahwinan atau menjadi sebahagian daripada pengapit langsung tidak menjadi masalah buat saya.

“Saya akui di luar sana ada di antara wanita cuba mengelak hadiri majlis seumpama ini disebabkan pelbagai faktor, cuma bagi saya tiada apa yang perlu dirisaukan.

“Jodoh itu rahsia Allah. Siapa yang tidak mahu membina keluarga? Saya tumpang gembira kalau kawan atau saudara mara berkahwin. Lagi pun masyarakat kini sudah berfikiran terbuka. Jarang dengar pertanyaan berkaitan isu kahwin,” kata pelakon drama Cinta Ibadah itu.

Andai dihitung antara majlis teman artis yang menyaksikan Aishah dipertanggungjawabkan sebagai pengiring pengantin adalah di resepsi Lufya dan suaminya, Che Muhammad Hafiz Che Baharom, baru-baru ini selain kenduri perkahwinan Lana Nodin serta di persandingan Aril Pilus.

Sementara itu, Aishah atau nama sebenarnya Siti Aishah Ilias masih meneruskan perjuangan di dalam arena seni biarpun pernah satu ketika pernah tidak mendapat sebarang tawaran lakonan selama beberapa bulan.

Gadis tinggi lampai berdarah kacukan Arab-India di sebelah ibu dan Cina-Jawa itu bagaimanapun tidak berputus asa malah menggunakan peluang terbabit untuk berehat seketika.

“Ikutkan setahun saya menghabiskan masa di rumah. Hanya sekitar awal tahun ini saya kembali berlakon menerusi drama Meh Sandarkan Pada Aku terbitan Zeel Production. Mujur ada duit simpanan hasil lakonan dalam Cinta Ibadah membabitkan 176 episod,” katanya.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");