Berita Hari Ini

Syarat masuk MRSM pelajar miskin dilonggarkan

KUALA LUMPUR – Syarat kemasukan ke Tingkatan Satu Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) bagi pelajar miskin bandar dan luar bandar serta Sabah dan Sarawak bakal dilonggarkan manakala golongan Orang Kurang Upaya, Orang Asli, miskin tegar dan anak yatim akan disediakan ‘laluan khas’.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ketika mengumumkan demikian berkata perkara tersebut akan dibincangkan Majlis Amanah Rakyat (MARA) pada tahun depan.

Bagi pelajar miskin bandar dan luar bandar, syarat minimum kemasukan yang dicadangkan adalah keputusan 3A 3B manakala pelajar Sabah dan Sarawak 3A 2B 1C, katanya.

“Kita juga akan meminta reaksi orang ramai berhubung cadangan tersebut. Jika sesuai kita laksanakan,” kata Ismail Sabri yang juga Anggota Majlis Tertinggi Umno kepada pemberita selepas merasmikan program Back To School 2017 Yayasan Pelajaran Mara (YPM) di sini hari ini.

Pada majlis itu, Ismail Sabri tutut mengagihkan beg sekolah kepada wakil Pemuda dan Puteri Umno dari setiap negeri.

Mengenai cadangan mewujudkan MRSM berbayar, Ismail Sabri berkata, usul berkenaan antara lain akan mempertimbangkan sama ada operasinya akan melibatkan pembinaan MRSM baharu atau hanya menggunakan fasiliti sedia ada.

Beliau menegaskan cadangan kemasukan ke MRSM berbayar hanyalah untuk golongan berkemampuan.

Beliau berkata cadangan penubuhan MRSM berbayar itu diutarakan ekoran permintaan tinggi ke MRSM, termasuk daripada ibu bapa yang berkemampuan.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");