Jenayah

Anak kekasih jadi mangsa

Georgetown: Seorang pengawal keselamatan mengaku tidak bersalah di dua Mahkamah Sesyen berasingan, di sini, hari ini, atas 11 pertuduhan merogol anak kekasihnya pada 20 Ogos hingga 19 November lalu.

Tertuduh berusia 38 tahun membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Roslan Hamid dan Irwan Suainbon.

Di Mahkamah Sesyen 1, tertuduh mengaku tidak bersalah atas enam pertuduhan merogol seorang remaja perempuan berusia 14 tahun di sebuah rumah di Saujana Height, Jalan Teluk Kumbar, Bayan Lepas, dekat sini antara jam 12.04 tengah malam hingga 10.15 pagi pada 20 Ogos hingga 5 November lalu.

Sementara itu di Mahkamah Sesyen 2, tertuduh mengaku tidak bersalah atas lima lagi pertuduhan merogol mangsa di alamat sama.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu antara jam 12.45 tengah malam hingga 2.45 pagi pada 3 September hingga 19 November lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(1) kanun keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Huda Idris dan Pegawai Pendakwa Polis Diraja Malaysia (PDRM) Inspektor Marysia Maklin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");