Perak Hari Ini

Beberapa Kawasan Di Perak Dilanda Banjir Kilat

GERIK : Beberapa kawasan di negeri ini mengalami banjir kilat berikutan hujan awal pagi tadi.

Menurut kenyataan dari Sekreatariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak, beberapa buah kampung di Hulu Perak telah dinaiki air di kawasan halaman rumah dan jalan Grik-Baling.

Antara kawasan tersebut ialah Kampung Kerunai, Kampung Padang, Kampung Ramasamy, Bendang Kerajaan, pekan Gerik, Taman Permai, Taman Desa Kasih dan Taman Air Suda 1 dan 2.

Satu keluarga dipindahkan ke pusat pemindahan yang dibuka iaitu di Dewan Orang Ramai (DOR) Gerik.

“Keseluruhan kawasan Hulu Perak selamat dan terkawal dan air semakin surut.

Sementara itu di Daerah Kinta, sehingga jam 8 pagi tadi, hanya sebuah kampung dinaiki air di kawasan halaman rumah berpunca daripada saluran parit trsekat.

Kawasan tersebut ialah Kampung Batu Tiga, Tanjung Tualang dengan paas kenaikan 0.3 kaki.
Sementara itu di Bagan Datoh, beberapa buah kampung dinaiki air dikawasan halaman rumah berpunca daripada air hujan yang bertakung.

Bagaimanapun, keadaan masih dalam keadaan selamat dan terkawal.

Antara kawasan yang terjejas ialah Kampung Sungai Nipah Darat, Kampung Rungkup Kecil, Kampung Simpang Tiga, Kampung Sungai Lanchang, Kampung Sungai Tiang Darat dan Kampung Sungai Tiang Baruh.

Turut terjejas ialah Kampung Pasang Api, Kampung Matang Kunda, Kampung Sungai Balai Darat dan Kampung Sungai Betul dengan limpahan air setinggi satu kaki.

Di Kuala Kangsar pula, sebanyak tujuh buah rumah terlibat dalam banjir kilat iaitu di Kampung Kati dan Kampung Bendang Ujib.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");