Perak Hari Ini

Kementerian Laksana Kajian Bantu Petani Terjejas di Bagan Datoh

KAMPUNG GAJAH: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani akan melaksanakan kajian terhadap masalah petani dan pekebun yang terjejas akibat banjir di Bagan Datoh.

Timbalan Menterinya, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, beliau akan mengarahkan pegawainya untuk melakukan kajian secara terperinci sebelum bantuan yang sewajarnya dapat diberikan.

Katanya, terdapat beberapa cara yang boleh digunakan untuk menyalurkan bantuan kepada para petani yang terbabit.

“Daripada segi kemusnahan, kerosakan dan kerugian yang dialami disebabkan apa yang berlaku sekarang, ada beberapa kaedah bantuan wang ihsan yang mana kita ada tabung bencana untuk beri bantuan mengikut yang kita mampu.

“Kalau banjir teruk dahulu kita ada bagi mengikut nilai kerosakan dan kerugian dialami. Tetapi kalau banjir kilat seperti ini, kita beri bantuan sebagaimana yang ditentukan mengikut keperluan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas Majlis Penyerahan Hak Milik Bagi Rancangan Perkampungan Tersusun (RPT) Kampung Air Kuning, Daerah Kecil Kampung Gajah di sini, hari ini.

20161120_102721-1-800x559

Pada majlis tersebut seramai 132 orang telah menerima geran bagi tanah berkeluasan 103.6 hektar untuk tujuan pembinaan perumahan.

Dalam pada itu, katanya lagi, bagi bantuan jangka masa panjang pula, kementerian boleh membantu daripada segi perparitan dan saliran serta tanaman semula pokok.

“Kita ada skim projek kementerian buat pekebun untuk tanam semula pokok buah-buahan dan tanaman kontan yang rosak ini,” katanya.

Tajuddin berkata, pihaknya juga akan meneliti masalah yang dihadapi oleh petani berkenaan daripada segala sudut termasuklah sistem perparitan agar perkara yang sama tidak berulang.

“Kita akan lihat masalah yang menyebabkan berlaku banjir tersebut sama ada masalah saliran, perparitan dan segalanya sebab kita tak mahu ia berulang pada masa-masa akan datang,” ujarnya.

Terdahulu, beberapa pengusaha tanaman kontan di sekitar kawasan Bagan Datoh telah terjejas akibat banjir berikutan fenomena air laut pasang besar baru-baru ini.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");