Membawang Hari Ini

Debaran Aliff Razali

ALIFF Razali atau sebelum ini dikenali sebagai Aliff AF6 mengakui kerjaya nyanyiannya perlahan berbanding bidang lakonan dan pengacaraan yang banyak memberi peluang baru.

Bagaimanapun, menurut Aliff, nyanyian tetap menjadi keutamaan kerana minatnya tidak pernah berubah.

“Mungkin kerana tidak tampil dengan single atau album baru, peminat fikir saya sudah beralih ke bidang lakonan dan pengacaraan.

“Sebenarnya saya masih aktif menyanyi seperti biasa, cuma mungkin jarang muncul dalam program nyanyian di kaca TV atau acara besar yang mendapat publisiti meluas.

“Apatah lagi sebelum ini saya terikat dengan jadual persembahan tetap di sebuah restoran di Putrajaya sebelum berehat seketika kerana isteri, Nas Adila yang membuat persembahan bersama kini sedang berpantang,”jelasnya.

Terbaru, Aliff yang juga aktif dalam lakonan pentas bakal tampil dengan teater terbaru lakonannya, Putera Lagaligo yang akan dipentaskan di Stadium Melawati, Shah Alam ada 16 hingga 18 Disember depan.

“Sekarang saya sedang giat menjalani latihan untuk persiapan teater yang saya sifatkan begitu mencabar sepanjang bergelar pelakon.

“Ia bukan sesuatu yang mudah apabila terlibat dengan beberapa babak yang memerlukan saya bersilat, menyanyi dan dalam masa yang sama berlakon dengan baik bagi melengkapkan naskhah arahan Dr Rosden Suboh ini.

Dalam masa sama, Aliff meluahkan perasaan gementarnya apabila perlu bergandingan dengan pelakon berpengalaman.

“Memang sebelum ini saya banyak berlakon teater, namun bila melihat nama besar dalam dunia pementasan seperti Datuk Ahmad Tarmimi Siregar, saya risau jika tidak dapat melakukan yang terbaik.

“Jadi saya cuba melengkapkan latihan sebaiknya agar pementasan sebenar nampak sempurna,” ujarnya yang menyimpan hasrat berlakon di pentas Istana Budaya.

Aliff yang baru sahaja bergelar bapa Khamis lalu bersyukur dengan doa dan harapan peminat dengan kelahiran cahaya mata sulungnya Muhamad Rizqi Ikhram.

“Semoga dengan kehadiran putera sulung ini akan lebih memberi kebahagiaan dalam hidup kami berdua,” katanya.

Ditanya adakah selepas ini isterinya akan memperlahankan kerjaya nyanyian untuk memberikan tumpuan kepada keluarga dan anak, Aliff pantas menafikannya.

“Semenjak dulu lagi saya tidak pernah menghalang isteri untuk terus bergiat aktif dalam bidang seni kerana ia merupakan minatnya sebelum kami berkahwin lagi.

“Malah ketika sedang sarat mengandung tujuh bulan pun, dia masih aktif menyanyi sebelum berehat untuk menunggu masa bersalin.

“Jadi jika dia tahu menguruskan masa dan tidak mengabaikan anak serta rumah tangga, saya tidak ada masalah jika mahu terus aktif dalam bidang seni,” kata pengacara program travelog Destinasi Agung ini.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");