Berita Hari Ini

Generasi kedua peneroka perlu serah bukti

BANDAR JENGKA – Generasi kedua peneroka Felda diminta tampil membantu ibu bapa mereka menyerahkan bukti sekiranya menghadapi masalah penyelenggaraan ladang dan penyata hutang kepada Jawatan Kuasa Suara Generasi Kedua Felda (SKG2F).

Penasihatnya, Datuk Zulkefli Nordin berkata, langkah ini perlu diambil oleh anak-anak kerana tidak semua peneroka generasi pertama, lebih-lebih lagi balu peneroka yang tahu apa mereka perlu lakukan untuk dibantu oleh SGK2F dalam hal ini.

Menurutnya, SGK2F telah menggerakkan jawatan kuasa dan hardcore di peringkat akar umbi, justeru anak-anak peneroka generasi kedua perlu pantas dan ambil maklum bagaimana untuk berhubung dengan jawatankuasa SGK2F di cawangan dan negeri mereka.

“Generasi kedua mempunyai pemahaman yang lebih jitu dari segi teknikal, oleh yang demikian sebagai persediaan SGK2F untuk mengambil tindakan selanjutnya, para peneroka perlu menyerahkan bukti.

“Anak-anak sila bantu ibu bapa. Ibu bapa kita sebenarnya tahu mereka dalam masalah tetapi mereka mungkin tidak tahu bahawa masalah mereka ada yang mahu perjuangkan, iaitu kami SGK2F.

“Maklumat-maklumat yang ingin diajukan mestilah lengkap dan jelas sebagai usaha memantapkan hala tuju perjuangan Jawatan Kuasa Suara Generasi Kedua Felda ini.

“Saya marayu agar kita semua membantu SGK2F memberikan fokus dulu kepada isu utama iaitu; mengadukan masalah penyelenggaraan ladang yang di bawah urus tadbir Felda Technoplant dan penyata hutang yang meragukan, jika ada,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai pengulas intipati penubuhan grup SGK2F di rangkaian sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp kepada pemberita, di sini, hari ini.

Dalam pada itu berhubung aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang dibuat oleh SGK2F minggu lepas, Zulkefli menerangkan banyak informasi diperlukan.

“Pihak kami memerlukan semua maklumat tersebut sebagai bahan bukti untuk dimajukan ke SPRM. Ia dalam proses. Sementara fokus kepada dua isu ini, generasi kedua diminta kurangkan perbincangan berbentuk politik kepartian di dalam grup atau Facebook kerana ia mengundang ketidakselesaan kepada pihak lain dan boleh mengakibatkan tidak fokus,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");