Membawang Hari Ini

Rasa kerdil digelar Ikon Wanita Muda – Elfira

KUALA LUMPUR: Pelakon dan usahawan muda, Elfira Loy, 22, berkongsi kegembiraan menerima Anugerah Ikon Wanita Muda daripada Puteri Umno sempena Perhimpunan Agung UMNO 2016 di laman Instagram, hari ini.

Elfira mengaku dirinya terasa kerdil menerima penghargaan tinggi itu.

“Terima kasih di atas pengiktirafan ini. Ia pasti menjadi pembakar semangat saya untuk terus membuat yang terbaik,” katanya kepada BH Online.

Sejak tiga tahun lalu, pelakon drama Qalisha ini aktif berniaga terutama menjual pakaian dan tudung di bawah jenama El.Elfiraloy dan TwinkebyElfira.

Bintang remaja ini juga menjadi ‘orang kuat’ di sebalik konsep perniagaan karnival, Beachmarketmy dan membuka kafenya sendiri, Lovemesevendayscafe.

Terbaharu, Elfira memulakan pengeluaran kosmetik, Kissellecosmetics yang dijangka dijual, tahun depan. Elfira mengaku dia tidak suka duduk diam tanpa bekerja.

“Memang saya suka bekerja. Tak boleh duduk diam. Contohnya, saya belajar dan berlakon, itu cara saya bekerja dan bergerak aktif. “Dunia perniagaan ini lebih fleksibel. Saya boleh kerja ikut masa sendiri jika terikat dengan pengajian dan lakonan. Tapi kalau nak berniaga, minat itu kena betul-betul ada,” katanya.

Berkongsi tip, Elfira berkata, usahawan perlu ada strategi untuk mempromosikan barangan atau perkhidmatan.

“Berniaga ini memerlukan kita berfikir 24 jam. Kita perlu rancang strategi yang terbaik termasuk dengan memanfaatkan laman sosial seperti di Instagram,” katanya yang tamat pengajian dalam bidang seni hiburan, Oktober lalu.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");