Berita Hari Ini

Gesa OIC desak Myanmar hentikan kekejaman

KOTA BHARU – Kepimpinan Umno Parlimen Pengkalan Chepa berharap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi Pertubuhan Negara-negara Islam Sedunia (OIC) menggesa Myanmar supaya menghentikan kekejaman terhadap etnik Rohingya.

Timbalan Ketua Umno Bahagian Pengkalan Chepa, Ismail Omar berkata, tindakan itu sebagai luahan rakyat yang mahukan Perdana Menteri menunjukkan keprihatinannya sebagai pemimpin bertaraf dunia yang mengambil berat terhadap insiden pembunuhan beramai-ramai Muslim Rohingya.

“Kita mendokong kerajaan supaya membuat bantahan hubungan perdagangan di peringkat antarabangsa menerusi.

“Bantahan ini perlulah menggesa kerajaan Myanmar supaya menghentikan pembunuhan kejam terhadap rakyat Islam, penganiayaan kepada wanita, warga emas, belia dan kanak-kanak,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Khatan Beramai-ramai Parlimen Pengkalan Chepa, 2015 di Sekolah Kebangsaan (SK) Kem, di sini, hari ini.

Turut hadir merasmikan, Ketua Umno Bahagian, Datuk Zaluzi Sulaiman yang membuat gimik semburan disediakan Bomba dan Penyelamat Pengkalan Chepa terhadap 300 kanak-kanak di sekitar Parlimen Pengkalan Chepa.

Program berkhatan itu diadakan secara percuma yang dilaksanakan pakar perubatan dari Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Pejabat Klinik Kesihatan Kota Bharu dan Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa.

Turut hadir, Ketua Pemuda Umno Pengkalan Chepa, Haris Hussin dan Penyelaras Dun, Mohamed Fareez Noor Amran.

Sementara itu, Mohamed Fareez berkata, beliau melahirkan turut berasa sedih dan mengutuk sekeras-kerasnya pembantaian Muslim Rohingya yang disifatkan sebagai terlalu kejam.

“Perbuatan kerajaan Myanmar itu jelas sebagai usaha penganiayaan tanpa peri kemanusiaan untuk menghapuskan etnik Islam,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");