Sukan Hari Ini

Tak pandang rendah cabaran lawan

Johor Bahru: Pasukan Tanjung Puteri Cycling Club (TPCC) tetap merendah diri dan tidak memandang mudah kekuatan pasukan lain.

TPCC ditubuhkan pada 2012, mempunyai 40 ahli daripada guru dan kakitangan swasta, mengakui kerap menyertai program berbasikal di sekitar Johor, Melaka dan Selangor selain menjadi penganjur sukan itu.

Timbalan Pengerusi Kelab TPCC Suffian Talib berkata, menjadi penganjur dan kerap menyertai program berbasikal memberi kelebihan keyakinan kepada mereka untuk bersaing.

“Kami pernah menganjurkan program Mountain Bike (MTB) pada 2014 dan 2015 dan pernah menganjurkan program Trail Run pada Mei lalu, jadi kami yakin untuk kejohanan ini dan menyasarkan ranking bawah 200.

“Kami membuat latihan 80 peratus ‘off road’ di trek sendiri di sekitar Taman Tanjung Puteri Resort yang sesuai untuk menyahut cabaran HMMTB,” katanya ketika dihubungi Harian Metro semalam.

Suffian berkata, selain trek Tanjung Puteri Resort, TPCC berkayuh dari Taman Tanjung Puteri hingga ke Kong Kong dengan jarak kayuhan lebih 35 kilometer yang dilihat sesuai untuk meningkatkan stamina pasukan.

“Selain berlatih kami turut mementingkan aspek keselamatan teknikal basikal. Sekarang ini ramai yang sudah meningkatkan keupayaan basikal masing-masing,” katanya.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");