Sukan Hari Ini

Hamilton ingin dedikasi gelaran juara F1 untuk teman

ABU DHABI: Lewis Hamilton bertekad untuk memenangi perlumbaan Formula Satu (F1) Grand Prix (GP) Abu Dhabi, Ahad ini sebagai hadiah memperingati kematian teman baiknya, Aki Hintsa.

Juara dunia tiga kali itu, berkata dia mahu menjuarai perlumbaan bagi mengingati memori sepanjang perkenalan dengan doktor dan pakar kecergasan McLaren yang meninggal dunia kerana kanser pada usia 58 tahun, minggu lalu.

“Saya sememangnya sudah mempunyai semangat juang itu. Bagaimanapun, saya datang ke sini dengan kekuatan dua kali ganda – dan saya rasa saya lebih bersemangat untuk memenangi perlumbaan ini untuk dia.

“Kami sentiasa berhubung menerusi mesej dalam setiap perlumbaan sepanjang dia bertarung dengan penyakitnya dan sepatutnya ia akan diteruskan Ahad ini. Jadi, saya datang ke sini minggu ini adalah untuk membuatkan dia bangga,” kata Hamilton.

Hamilton berharap dia menjuarai perlumbaan, Ahad ini dengan rakan sepasukannya di Mercedes, Nico Rosberg gagal menamatkan saingan di kedudukan podium bagi merangkul gelaran juara dunia buat kali keempat.

Pemandu Britain itu kini 12 mata di belakang Rosberg dengan berbaki satu perlumbaan musim ini selepas kejayaannya memenangi tiga perlumbaan berturut-turut termasuk GP Brazil.

“Saya bertuah kerana dapat berada bersama dia dan keluarganya pada hari terakhirnya dan dapat berjumpanya buat kali terakhir,” kata Hamilton yang memaklumkan Hintsa sangat penting buat dirinya kerana membantu dia mendapat peluang beraksi kali pertama bersama McLaren pada 2007. – AFP

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");