Sukan Hari Ini

Islander juara badminton EOCM 2016

ISLANDER dari Pulau Pinang dinobatkan juara Kejohanan Badminton Exora Owner Car Club Malaysia (EOCM) anjuran Golden Triangle Crew (GTC) di Dewan Badminton Bandar Utama 3, Petaling Jaya, semalam.

Islanders yang membariskan pemain terbaiknya antara pasukan pilihan yang dijangka memenangi kejohanan berprestij anjuran kelab permotoran berkenaan.

Islanders yang juga juara Kumpulan B mudah menjinakkan naib juara Kumpulan A, 3G Kajang straight set 30-26, 30-26 bagi membolehkan mara ke peringkat akhir bertemu Krabat dari Shah Alam.

Krabat, juara juara Kumpulan A pula hanya mengambil masa kira-kira 45 minit untuk menewaskan naib juara Kumpulan B, Warikh dari Negeri Sembilan juga dengan straight set 30-28, 30-24.

Perlawanan akhir Krabat bertemu Islander menyaksikan kedua-dua pasukan berhempas pulas dengan Krabat terpaksa akur dengan kehebatan Islander dengan 30-28, 30-18 dan 30-13.

Selaku juara Islander membawa pulang Piala Pusingan Kejohanan Badminton EOCM, medal dan hadiah tajaan BADLABCO (www.badlabco.com)

Kejohanan terbesar

Ketua Urus setia kejohanan, Azmal Md Noh berkata, kejohanan itu acara terbesar EOCM melibatkan penyertaan dari seluruh negara.

Menurutnya sebanyak 12 pasukan bertanding melibatkan 72 beregu dengan 8 darinya merupakan beregu wanita antaranya GTC, Warikh, Metro, Urban Crew, Krabat, Islanders gspexo, Triple X.

“Alhamdulillah.. kejohanan ini berjalan dengan baik dengan setiap pasukan mempamerkan semangat kesukanan yang tinggi dan paling penting hubungan dan persahabatan antara ahli kelab dapat dieratkan menerusi kejohanan seperti ini.

Katanya, kerjasama dari dalam ahli kelab terutama jajahan Golden Triangle Crew dalam menjayakan kejohanan badminton berkenaan wajar mendapat pujian kerana tanpa usaha mereka kejohanan itu pasti sukar untuk direalisasikan.

Untuk rekod Exora Owner Car Club Malaysia (EOCM) yang kini mempunyai keahlian seramai 4,000 orang di seluruh negara sudah menganjurkan kejohanan futsal antara jajahannya sebelum ini.

Malah lebih membanggakan kelab berkenaan turut berjaya menghimpunkan ahli kelab di seluruh negara melalui perjumpaan terbesar tahunan yang diadakan setiap tahun sejak mula penubuhannya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");