Berita Hari Ini

Keluarga sejahtera dorong pembangunan negara

KUALA LUMPUR: Kesejahteraan keluarga mendorong pemerkasaan komuniti dalam membina masyarakat produktif dan inovatif, sekali gus mempergiat pembangunan negara.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Datuk Azizah Mohd Dun, berkata konsep keluarga sejahtera menyumbang kepada kemakmuran rakyat sesebuah negara.

“Kepentingan bagi memastikan institusi keluarga di Malaysia terus sejahtera adalah agenda utama di samping prospek pembangunan negara yang semakin rancak menjelang 2020.

“Menerusi KPWKM, kerajaan prihatin terhadap keperluan rakyat dalam menangani cabaran masa kini.

“Pelbagai strategi dirancang bagi mewujudkan akses peluang ekonomi untuk rakyat meningkatkan kualiti hidup yang menyumbang ke arah pertumbuhan dan pembangunan negara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada pelancaran Program Pemerkasaan dan Komuniti (FACE) sempena Sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan 1Malaysia dan Program MyKasih@Komuniti di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Hiliran Ampang, hari ini.

Turut hadir, Menteri Kewangan Kedua, Datuk Johari Abdul Ghani. Azizah berkata, program MyKasih@Komuniti diwujudkan sebagai platform bantuan sosial kepada kumpulan sasar dalam membantu golongan masyarakat terpinggir.

Katanya, program membabitkan pelbagai agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sektor swasta itu diharap dapat memperkukuhkan sistem sokongan dan perkhidmatan sosial,” katanya.

Sementara itu, Johari yang juga Ahli Parlimen Titiwangsa berkata, golongan PPR tidak seharusnya berasa malu tinggal di penempatan berkenaan, sebaliknya memfokuskan kepada pendidikan anak demi masa depan cemerlang.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");