Berita Hari Ini

Kementerian periksa minyak masak paket

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan bersedia memeriksa minyak masak paket bersubsidi jika terbukti terdapat unsur kitar semula.

Menterinya, Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata, langkah itu perlu dilakukan lebih-lebih lagi jika diarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

“Penipuan minyak berpaket boleh berlaku. Walaupun dari segi label nampak seperti asli, yang membezakannya ialah kandungannya.

“Label sahaja tidak membantu pengguna memastikan minyak itu tulen,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen, semalam.

Beliau berkata, sekiranya terbukti wujud unsur kitar semula, Kementerian Kesihatan akan mengarahkan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan untuk memeriksa.

“Dari segi keselamatan makanan, ya, kita mempunyai kuasa yang membenarkan apa-apa sahaja jenis makanan yang dijual untuk diperiksa.

“Ini termasuklah pemeriksaan di kedai dan penggunaan minyak masak oleh golongan pengusaha restoran serta peniaga makanan,” katanya.

Baru-baru ini dilaporkan, orang ramai dan NGO bimbang terhadap kemungkinan besar berlaku penjualan minyak masak yang dikitar semula ekoran kenaikan harga minyak masak tersebut.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin sebelum ini mengumumkan penstrukturan semula Skim Penstabilan Harga Minyak Masak.

Di bawah penstrukturan semula itu, harga minyak masak paket satu kilogram (kg) kekal pada harga RM2.50, tetapi minyak masak di dalam botol dijual mengikut harga pasaran berkuat kuasa 1 November lalu.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");