Sukan Hari Ini

Skuad hoki negara kurang pelapis berkualiti

KEJOHANAN Piala Sultan Johor yang yang baru sahaja berakhir kelmarin seharusnya membuka mata banyak pihak mengenai usaha untuk membentuk pelapis skuad hoki yang lebih baik.

Dengan keputusan satu menang, satu seri dan tiga kalah selain berakhir di kedudukan dua terbawah dalam kejohanan kali ini memberikan petanda betapa skuad negara kekurangan pemain berkualiti di peringkat remaja.

Jelas ketara persembahan skuad hoki remaja negara yang dilihat masih jauh ketinggalan berbanding gergasi hoki yang lain seperti Australia, Pakistan dan England.

Dari sudut pendedahan, sebenarnya telah banyak yang dilakukan Konfederasi Hoki Malaysia (MHC) dalam membentuk skuad remaja negara.

Contohnya seperti membawa pemain-pemain melalui beberapa siri persahabatan di luar negara, tetapi impaknya masih kurang menyerlah.

Mungkin masih terlalu awal untuk menilai apakah kemampuan sebenar pemain muda ini namun langkah awal untuk menggilap mereka perlu dilakukan secara berterusan dan komited. Jika tidak, Malaysia tidak akan mempunyai skuad pelapis yang betul-betul mantap bagi menghadapi kejohanan dunia pada masa depan.

Ruang penambahbaikan

Dari aksi yang dipamerkan skuad remaja negara jelas ada satu bebanan besar yang perlu ditanggung pengendalinya, Wallace Tan dalam usaha meningkatkan kualiti pemain.

Bagaimanapun, bekas pemain kebangsaan itu nyata masih positif dan menyifatkan kejohanan ini sebagai pengajaran berguna buat pemainnya.

Menurutnya, masih banyak ruang penambahbaikan yang boleh dimanfaatkan pemain dalam tempoh latihan yang akan datang.

“Pemain akan menimba pengalaman di sini dan akan pulang ke program pembangunan dan berlatih kembali di sana.

“Apa yang saya nampak ialah pemain perlu memanfaatkan peluang dan itu akan saya tekankan dalam sesi latihan nanti.

“Saya percaya masih ada banyak ruang untuk pemain meningkat dengan syarat mereka fokus dan terus berusaha,” katanya.

Australia cipta sejarah

Australia mencipta sejarah apabila berjaya buat pertama kali menjulang Piala Sultan Johor 2016 apabila menundukkan Pakistan 3-1 dalam perlawanan akhir kelmarin.

Ia menjadi petanda awal kepada pasukan lain untuk bersiap sedia dalam Piala Dunia Remaja bulan depan.

Turut mencipta kejutan adalah Jepun yang menduduki tempat ketiga pada penampilan sulung di kejuaraan tersebut.

Pada perlawanan penentuan tempat ketiga, Jepun mengalahkan England 4-1 menerusi pukulan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 selepas masa penuh perlawanan manakala, Malaysia berada di kedudukan kelima selepas menewaskan New Zealand 4-1 pada penentuan tempat kelima dan keenam.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");