Sukan Hari Ini

Lahm: Kalah bukan masalah besar

KAPTEN Bayern Munich, Philipp Lahm tidak melihat kekalahan memalukan 2-3 kepada Rostov semalam, dalam saingan Liga Juara-Juara merupakan masalah besar buat pasukannya.

Malah, kekalahan itu dianggap untuk menyedarkan kembali pemain yang sebelum ini sentiasa berada dalam zon selesa.

“Kami adalah Bayern Munich dan kekalahan ini tidak mampu untuk menjatuhkan semangat kami. Ini adalah perkara biasa dalam bola sepak.

“Saya akui memang kami agak cuai terutama dengan hantaran kami dan kami tidak peka dengan keupayaan pasukan lawan.

“Ia bukan satu krisis, tetapi kami perlu bangkit daripada kekalahan ini,” katanya.

Dalam perlawanan itu, Douglas Costa terlebih dahulu meletakkan Bayern di hadapan sebelum disamakan Azmoun sebelum tiupan wisel babak pertama.

Bersambung babak kedua, D Poloz menjaringkan gol kedua Rostov pada minit ke-49 dan Juan Bernat menjadikan kedudukan 2-2 selang tiga minit kemudian.

Rostov memastikan malam gemilang buat mereka apabila Noboa menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-66.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");