Jenayah

Laporan jual bayi, lagi individu akan dipanggil – KPN

KUALA LUMPUR: Polis akan memanggil beberapa lagi individu berkaitan penerbitan laporan dokumentari Malaysia: Bayi Untuk Dijual-101 Timur’ yang disiarkan stesen televisyen antarabangsa, Al Jazeera baru-baru ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata sebelum ini polis sudah memanggil seorang wartawan wanita, rakyat tempatan yang terbabit dengan penerbitan laporan itu.

“Sebaik artikel itu keluar (disiarkan), pegawai penyiasat kita menghubungi dia (wartawan) untuk rakam percakapan dan dia beri kerjasama.

“Tindakan berterusan akan diambil bagi mendapatkan maklumat lanjut dan jika perlu akan panggil lagi beberapa individu untuk membantu siasatan,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Program Menambah Anggota Koperasi Polis Diraja Malaysia Berhad, di Bukit Aman, di sini, hari ini.

Semalam, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim, dilaporkan berkata, polis sudah memanggil kru produksi stesen televisyen berkenaan untuk siasatan lanjut berhubung kesahihan dakwaan itu.

Rohani berkata, rundingan bersama Kementerian Luar akan turut dilaksanakan untuk tindakan selanjutnya kerana ia membabitkan agensi media antarabangsa. Khalid mengulangi penafian kononnya Malaysia menjadi hab penjualan bayi.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan kes itu ada berlaku di negara ini.

“Kalau nak kata ada kes (penjualan bayi), bukan negara kita saja yang ada kegiatan jenayah (penjualan bayi) ini, negara lain pun ada. Janganlah nak burukkan negara sendiri,” katanya.

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");