Sukan Hari Ini

Nadal panas badan di Abu Dhabi

Madrid: Juara 14 gelaran Grand Slam, Rafael Nadal akan kembali beraksi pada kejohanan pertunjukan Tenis Dunia Mubadala di Abu Dhabi, hujung bulan depan.

Nadal dibelenggu masalah fizikal pada musim 2016 dan dia menamatkan kempennya lebih awal Oktober lalu bagi kembali cergas sepenuhnya dalam usaha memburu kegemilangan Grand Slam pada 2017.

“Teruja untuk mengumumkan kejohanan pertama kemunculan semula saya adalah di Abu Dhabi #MubadalaWorldTennisChampionship Disember ini,” tulis pemain Sepanyol itu dalam akaun Twitter miliknya, kelmarin.

Nadal, yang pernah menjuarai kejohanan itu tiga kali, akan disertai pemain nombor satu dunia Andy Murray, Milos Raonic, Jo-Wilfried Tsonga, David Goffin dan Thomas Berdych pada kejohanan enam pemain itu dari 29 hingga 31 Disember. – AFP/harian metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");