Berita Hari Ini

Pak Lah terima anugerah Tokoh GPMS

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, menerima anugerah Tokoh Gabungan Melayu Semenanjung Malaysia (GPMS) Sepanjang Zaman.

Anugerah disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, pada Majlis Perasmian Persidangan Agung Tahunan GPMS ke-62 di sini, sebentar tadi.

Pada majlis itu, Abdullah yang juga Penasihat Kehormat GPMS, menerima Pingat GPMS dan sijil ketokohan. Yang turut hadir, Presiden GPMS, Zambri Mohd Isa.

Sementara itu, Perdana Menteri turut mengumumkan sumbangan RM1 juta kepada Tabung Pendidikan Pelajar Malaysia di Mesir bagi membantu pelajar bidang perubatan dan pergigian yang mengalami masalah tunggakan yuran di negara berkenaan.

Sumbangan itu menjadikan kutipan tabung terbabit setakat ini kepada RM5 juta.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");