Sukan Hari Ini

PDRM kembali buat pusingan U

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) membuat pusingan U mengejut!

Pasukan itu tiba-tiba kembali memilih gelanggang lama, Padang Pusat Latihan Polis (Pulapol), Kuala Lumpur untuk melangsungkan perlawanan separuh akhir pertama Pertandingan Bola Sepak Piala Emas Raja-Raja Ke-76, 2016, Sabtu ini.

Kelmarin Persatuan Bola Sepak PDRM (PDRM FA) menetapkan Stadium Mini Persada Plus, Subang bagi perlawanan menentang Kedah itu dengan sepak mula jam 4.30 petang dan bukan lagi 4.45 petang seperti jadual asal.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan, Mohd Firdaus Mohamed berkata, PDRM FA membuat keputusan menukarnya semula menerusi sepucuk surat bertarikh semalam kepadanya yang ditandatangani oleh Penolong Setiausaha Kehormatnya, Asisten Supritendan Mohd Nizam Mohd Noor.

“Mereka memberikan alasan Stadium Mini Persada Plus itu tidak mempunyai bilik persalinan dan tempat duduknya hanya boleh memuatkan kira-kira 100 orang yang menyukarkan para penyokong kedua-dua pasukan hadir memberikan sokongan.

“PDRM FA turut menyatakan bahawa beberapa stadium atau padang lain sekitar Lembah Klang telah dicari tetapi tiada satu pun yang boleh yang digunakan sebagai alternatif untuk perlawanan berkenaan,” kata Firdaus yang juga Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Melayu Malaysia (PBSMM).

Padang Pulapol turut menyaksikan PDRM memenangi suku akhir kedua dengan menewaskan Penjara FC 2-0, Ahad lalu atau secara agregatnya, 3-1 sekali gus tuan rumah mara ke separuh akhir untuk berdepan Kedah yang membelasah Perlis secara agregat 9-1 (5-1 dan 4-0).

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");