Sukan Hari Ini

Pemain kelab Brazil antara terhempas

Bogota: Sebuah kapal terbang yang membawa 81 penumpang termasuk pasukan kelab bola sepak Brazil dilaporkan terhempas di bahagian tengah Colombia, hari ini.

Pasukan penyelamat dihantar untuk mengeluarkan mangsa yang terselamat, menurut kenyataan dikeluarkan oleh persatuan penerbangan awam negara itu.

Pasukan bola sepak Chapecoense antara 72 penumpang dan sembilan kru berada dalam penerbangan sewaktu terhempas kira kira jam 10.15 malam waktu tempatan (10.15 pagi Selasa waktu Malaysia).

Bagaimanapun jumlah penumpang yang terselamat dalam kejadian itu belum dapat dipastikan.

“Menurut laporan malam ini kapal terbang dari lapangan terbang Viru Viru di Santa Cruz, Bolivia sepatutnya mendarat di Jose Maria Cordova tetapi tidak sampai ke landasan,” menurut pegawai penyelamat Colombia, Mauricio Parodi kepada media.

Pasukan penyelamat terdiri daripada anggota bomba dan pasukan pengurusan bencana bekerjasama mencari dan mengeluarkan penumpang terselamat.

Cuaca buruk menyebabkan tapak bencana hanya boleh dilalui oleh jalan darat berhampiran Medellin iaitu lokasi dijadualkan kapal terbang terbabit mendarat.

Kapal terbang itu membawa penumpang skuad bola sepak yang dijadualkan berdepan Atletico Nacional Medellin pada final pertama Sudamericana, esok.

Kejohanan Amerika Selatan itu bertaraf Liga Europa.

Ia adalah final kali pertama kelab kecil dari Chapeco mara ke final pertandingan utama kelab Amerika Selatan.

Kelab itu turun selaku pasukan bukan pilihan menentang pasukan memburu juara berganda selepas menjuarai Copa Libertadores Julai lalu.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");