Membawang Hari Ini

‘Penjelmaan’ Upin & Ipin

JIKA di tanya apakah animasi yang paling mendapat tempat di hati penonton kini, pasti Upin & Ipin termasuk dalam senarai.

Bahkan tidak keterlaluan penulis katakan, animasi yang berkisar mengenai dua kembar yatim piatu ini berjaya mencuit hati ramai peminat tidak mengira usia.

Atas sambutan yang menggalakkan ini telah mendorong syarikat penerbitannya Les’ Copaque Production menjalin kerjasama dengan KRU Studios menghasilkan Upin & Ipin dalam bentuk animasi 3D.

Lebih istimewa, dua karakter ini dijelmakan bersama pelakon hebat seperti Putri Balkis, Awie, Sara Ali, Gambit, Remy Ishak dan David Teo di dalam filem Upin Ipin Jeng Jeng Jeng. Diarahkan oleh Erma Fatima dan Ainon, filem ini mengisahkan kehidupan seorang anak yatim bernama Balqis yang sangat meminati watak animasi kembar popular Upin & Ipin.

Kerana minat yang terlalu mendalam, Upin & Ipin akhirnya muncul di alam nyata dan berbual serta bermain bersama Balqis. Walaupun begitu, kawan-kawannya tidak dapat melihat Upin & Ipin.

Suatu hari, seorang lelaki bernama Zaman telah datang ke rumah anak yatim tempat tinggal Balqis. Melalui perbualan Zaman dengan Noreen, Balqis terdengar Rumah Anak Yatim tersebut akan diambil oleh Zaman yang merupakan anak kepada pemilik tanah tersebut.

Balqis mula berbincang dengan rakan-rakannya, termasuk mendapatkan pandangan Upin & Ipin untuk menyelamatkan rumah anak yatim tersebut.

Pada pandangan penulis, Upin Ipin Jeng Jeng Jeng adalah sebuah filem santai yang sesuai ditonton seisi keluarga.

Dengan soundtrack yang mesra pendengar, para penonton pasti akan turut sama menyanyi lagu tersebut sebaik keluar dari pawagam.

Apa yang menariknya, penonton khususnya kanak-kanak pastinya akan terhibur dan mengharapkan Upin Ipin benar-benar menjelma.

Filem ini juga banyak menyelitkan mesej berguna untuk dijadikan panduan buat kanak-kanak yang menonton.

Apa pun, kredit harus diberikan kepada Les’ Capaque dan KRU Studios yang berusaha menghasilkan sesuatu berlainan untuk ditayangkan kepada masyarakat.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");