Perak Hari Ini

Permohonan Amanjaya Internship IV Dibuka

IPOH: Permohonan untuk menyertai Amanjaya Internship buat kali keempat (IV) dibuka kepada graduan daripada Institut Pengajian Tinggi yang berasal dari negeri ini.

Pengarahnya, Al Yashir Yahaya berkata, program yang merupakan cetusan idea Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir itu sebelum ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada golongan mahasiswa dan mahasiswi sepanjang tiga kali ia diadakan bermula daripada tahun 2013.

Ujarnya, buat kali keempat ini, graduan yang berminat boleh menghantar resume bermula pada 6 November dan tarikh tutup permohonan pula adalah 18 Disember 2016.

“Kita akan memilih 32 orang pelatih untuk diletakkan di setiap kawasan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Perak yang dijangka bermula pada 9 Januari hingga 9 Mac tahun hadapan.

peraktoday

“Pelatih akan diberikan tugasan seperti yang ditetapkan iaitu pengurusan pejabat, pengurusan program; turun padang (3P – padang, perasaan, penyelesaian) dan mengumpul data serta membuat bancian mengenai belia dan permasalahan yang dihadapi,” katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata, sepanjang pelaksanaan program ini, seramai 96 pelatih telah menjalani latihan amali mereka bersama ADUN di negeri ini.

“Daripada jumlah tersebut, lebih kurang 60 peratus telah berjaya diserap masuk dan bekerja sepenuh masa di pejabat ADUN berikutan mereka telah menunjukkan prestasi yang cemerlang,” katanya lagi.

Ujarnya, program sebegini mampu menarik minat golongan mahasiswa atau mahasiswi dan anak muda selain memberi pendedahan kepada mereka untuk mendekati sistem politik negeri.

“Mereka yang berminat untuk menyertai program ini bolehlah menghantar resume ke email kita di [email protected].

“Bagi yang ingin mengetahui maklumat lanjut boleh melayari laman sesawang www.amanjayainternship.com atau laman media sosial Facebook, Amanjaya Internship atau boleh menghubungi sekretariat Amanjaya Internship, Cik Wahida di talian 018 3807950,” katanya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");