Berita Hari Ini

RM23j untuk baiki rumah rakyat miskin bandar

LANGKAWI – Kerajaan pusat menerusi Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan memperuntukkan RM23 juta bagi membaiki sebanyak 2,300 buah rumah rakyat miskin bandar pada tahun ini.

Setiausaha Bahagian Kesejahteraan Bandar kementerian itu, Datuk Hafidzah Hassan berkata, setakat ini sebanyak 2,058 buah rumah telah dibaiki dan bakinya akan disiapkan dalam tempoh dua bulan ini.

“Ini merupakan salah satu bantuan di bawah program pembasmian kemiskinan bandar kementerian,” katanya kepada pemberita selepas melawat rumah-rumah yang telah dibaiki di bawah program itu, di sini hari ini.

Sehingga kini, katanya Kelantan mencatatkan jumlah penerima bantuan tertinggi yang mendapat manfaat dari program itu membabitkan sebanyak 341 buah rumah, diikuti Melaka (330) dan Sarawak (273).

“Bagi Langkawi, sebanyak lima buah rumah telah berjaya dibaiki menerusi program ini,” katanya.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");