Sukan Hari Ini

Pokku sukar dicabar

PETINJU muay thai Kelab Tomoi Kuda Merah Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tengku Shahrizal Tengku Abd Rahman atau Pokku menepati ramalan apabila mempertahankan Tali Pinggang Timbalan Perdana Menteri pada Grand Final DBKL Kuda Merah International Challenge 2016 di Stadium Titiwangsa, kelmarin.

Pokku tidak menghadapi masalah mengekalkan kejuaraannya selepas menumbangkan wakil Thailand, Rungrawee secara knockout (KO) di pusingan kedua.

Sementara itu Tali Pinggang Sinar Harian menjadi milik Azuan Che Wil selepas menang kiraan mata ke atas Jordan Boy.

Tali pinggang berkenaan disampaikan sendiri oleh Timbalan Pengerusi Kumpulan Media Karangkraf, Muhammad Nasir Hamzah.

Bagi perebutan Tali Pinggang DBKL pula menyaksikan wakil Uzbekistan, Mamatov menang pukulan KO ke atas Samsudin dari Kroni 313 Muaythai Club manakala Tali Pinggang Menteri Kewangan Kedua menjadi milik Ncedo Gomba selepas menumbangkan Hisyam Red Army.

Dalam pada itu, Nasir memaklumkan Sinar Harian akan terus menyokong penganjuran muay thai dan berhasrat mahu terus menjalin kerjasama dengan Kelab Tomoi Kuda Merah PDRM selaku penganjur kejohanan.

“Kita akan terus beri sokongan kerana muay thai ada pengikutnya sendiri dan kita dapat lihat kehadiran begitu ramai peminat membanjiri stadium malam ini,” katanya.

Difahamkan, sebanyak 8,000 tiket bagi menyaksikan pertarungan 12 petinju muay thai bermula Sabtu lalu habis dijual.

Malah, pihak penganjur terpaksa mencetak 700 keping tiket tambahan bagi memenuhi permintaan sambutan luar biasa peminat muay thai sepanjang dua hari kejohanan berlangsung.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");