Berita Hari Ini

Harga Gula Naik Beri Lebih Banyak Kebaikan – CAP

GEORGE TOWN: Kenaikan harga gula akan membawa lebih banyak kebaikan kepada rakyat berbanding keburukan, kata Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP).

Pegawainya, Uma Ramaswamy berkata CAP akan memberikan sokongan padu sekiranya kerajaan Persekutuan memutuskan untuk menaikkan harga gula.

“Langkah sedemikian berkesan untuk mengurangkan penggunaan gula yang tinggi di negara ini dan mengurangkan jumlah pesakit kencing manis.

“Makanan dan minuman yang tinggi kandungan gula juga akan meningkat harganya.

“Ini bermakna orang ramai akan berhenti daripada membeli barangan seperti itu,” katanya ketika dihubungi, Isnin.

Tinjauan The Star menunjukkan bahawa pasar raya dan kedai runcit masih mempunyai stok gula mencukupi.

Seorang peniaga yang enggan dikenali berkata, harga gula adalah RM2.80 sekilogram.

“Saya biasanya menggunakan 10kg gula seminggu untuk perniagaan saya,” katanya.

Jika harga gula naik, beliau juga hanya akan menaikkan harga barangan yang dijualnya.

Pada Isnin, MSM Malaysia Holdings Bhd, pengeluar gula halus terbesar di negara ini, berkata pihaknya telah meningkatkan harga gula premiumnya antara 20 ke 30 peratus kepada pemborong pada bulan November.

Harga global gula mentah yang tinggi, kejatuhan ringgit, telah menyebabkan harga terpaksa dinaikkan.

-mstar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");