Panasnya Hari Ini

PPBM Perlu Jadi Anggota Komponen Dalam PH

KUALA LUMPUR : Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) perlu menjadi anggota komponen Pakatan Harapan (PH), kata Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.

Ujarnya, parti politik baru yang dibentuk di mana keanggotaannya terdiri daripada serpihan ahli UMNO dan diusahakan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tan Sri Muhyiddin Yassin ini akan memberi kesan yang amat mendalam kepada UMNO.

“Sewajarnya PH mengambil langkah untuk terus melemahkan UMNO/BN dengan membina ‘grand coalition’ dikalangan parti pembangkang untuk bersiap sedia sebagai peneraju ‘Malaysia Baru’ selepas PRU14.

“Membawa PPBM untuk menjadi anggota komponen PH adalah satu keperluan dan harapan bagi memberi keyakinan pada rakyat,”katanya menerusi satu kenyataan.

Jelas Mahfuz lagi, apa yang berlaku sekarang adalah PH bekerjasama dengan PPBM dan ianya tidak menunjukkan kesatuan sebenar.

Katanya, apabila sudah menjadi ‘satu’ dalam PH, barulah mudah untuk bersama dalam melakar persekitaran politik, membina kekuatan bersama dan merancang kebijaksanaan.

“Maka, ianya merupakan pakatan politik yang jitu membela nasib rakyat dan bersedia untuk berhadapan dengan UMNO dan BN.

“Saya percaya jika ini terjadi, hasrat untuk melihat satu nama satu lambang pada PRU14 akan menjadi kenyataan,”kata Mahfuz.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");