Sukan Hari Ini

Priya tepati ramalan emas acara karate

PEMENANG pingat emas Sukan Malaysia (Sukma) Sarawak 2016, Priyashankari Sankar dari Universiti Putra Malaysia (UPM), menepati ramalan apabila memenangi acara kumite individu wanita bawah 50 kilogram (kg) dengan mata 8-0 pada Karnival Sukan Masum Fasa 2 di Kangar, semalam.

Pada aksi akhir, Priya menyatakan lawannya dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Chew Jia Qi tidak semudah dilihat kerana terpaksa memikul tanggungjawab di samping tekanan meraih pingat emas selepas mereka tewas dalam acara berpasukan pada saingan hari pertama.

“Saya juga menghadapi sedikit kesukaran kerana saya beraksi dalam dua acara, individu dan berpasukan. Acara berpasukan kami dapat gangsa, jadi untuk individu saya diletakkan harapan tinggi untuk dapat emas,” katanya lagi.

Priya juga melihat Karnival Sukan Masum sebagai platform terbaik bagi mengasah bakatnya dalam sukan institusi pengajian tinggi dan seterusnya dapat melayakkan diri beraksi di peringkat lebih tinggi seperti Sukan Universiti Asean yang diadakan secara dwitahunan.

Sementara itu, atlet dari Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Kalaikumar Vijayakumar meraih emas pertama universiti dalam acara karate dalam sejarah penyertaan.

Kalaikumar yang beraksi dalam kategori individu lelaki bawah 67kg, menewaskan Ade Arieff Jobin dari Universiti Islam Antarabangsa (IIUM) dengan pungutan mata 4-0.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");