Panasnya Hari Ini

Rohingya : Panggil Satu Sidang Khas Parlimen

KUALA LUMPUR : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dituntut memanggil satu sidang Parlimen khas selama satu hari dengan kerajaan membawa usul dan cadangan tindakan bagi menyelamatkan etnik Rohingya di Myanmar.

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, kerajaan seharusnya menggariskan cadangan serta langkah tindakan yang berani sebagai solidariti ke atas rakyat Rohingya.

“Apa yang dikehendaki sekarang ialah komitmen dan tindakan kerajaan yang berkuasa di mana sebagai anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Pertubuhan Negara Islam (OIC) dan ASEAN untuk melindungi dan menyelamatkan etnik Rohingya dari terus menjadi mangsa pembunuhan kejam rejim tentera Myanmar.

“Saya menuntut Perdana Menteri untuk bersetuju memanggil satu ‘Sidang Khas Parlimen’ satu hari dari jam 10 pagi hinga 7 malam diadakan dalam tempoh yang segera.

“Kerajaan sendiri membawa usul dan cadangan tindakan disamping usaha menggerakkan badan dunia seperti PBB, OIC dan ASEAN untuk segera mengambil langkah diplomatic dan ketenteraan pengaman bagi melindungi dan menyelamatkan etnik Rohingya,”katanya menerusi satu kenyataan di Facebooknya, hari ini.

Mahfuz berkata, beliau turut yakin tiada seorang pun Ahli Parlimen yang akan menolak jika kerajaan membawa usul tersebut.

Ujarnya, usul tersebut bukanlah soal campur tangan negara lain, tetapi ianya adalah kemanusiaan sejagat yang mesti hayati oleh semua negara di dunia.

“Saya mencadangkan tahun 2017 wajar dijadikan sebagai tahun ‘Solidariti Antarabangsa Untukmu Rohingya’.

“Namun langkah perundingan dengan kerajaan Myanmar mesti bermula dari sekarang untuk mewujudkan tempoh bertenang bagi menghentikan tentera Myanmar dari terus menggila membunuh dengan kejam,”katanya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");