Isu Panas

Tiada krisis antara Aminuddin dengan Ahmad Husni

HULU KINTA – “Kami OK,” demikian reaksi, Pemangku Ketua Umno Bahagian, Datuk Aminuddin Md Hanafiah ketika ditanya tentang hubungannya dengan Bekas Ketua Umno Bahagian Tambun, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Menurut beliau, tiada sebarang krisis yang berlaku antara dirinya dengan Ahmad Husni meskipun bekas Menteri Kewangan Kedua itu dilihat lantang mengkritik kerajaan terutamanya melibatkan isu 1Malaysian Development Berhad (1MDB).

Katanya, setiap individu mempunyai pandangan yang berbeza dan ia tidak menjadi kekangan kepadanya untuk bekerjasama dengan Ahmad Husni selaku wakil rakyat di Parlimen Tambun.

“Yang penting beliau (Ahmad Husni) laksanakan tugas selaku Ahli Parlimen Tambun dan saya laksanakan tanggungjawab sebagai Adun Hulu Kinta.

“Masing-masing ada peranan yang perlu dimainkan dan paling utama perkhidmatan terhadap rakyat itu perlu diteruskan dan dipertingkatkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Majlis Berkhatan Beramai-ramai Anak Penduduk Kampung Tersusun Batu 5 dan Batu 6, di sini, hari ini.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");