Berita Hari Ini

UMT perkenal kempen hari bebas kenderaan bermotor

KUALA NERUS – Universiti Malaysia Terengganu (UMT) melakar sejarah apabila menjadi institusi pengajian tinggi awam (IPTA) pertama di Pantai Timur melancarkan hari bebas kenderaan bermotor di kampus.

Dalam majlis pelancaran pagi tadi, turut menetapkan setiap hari Khamis minggu pertama bagi setiap bulan dan zon akademik diwartakan sebagai kawasan bebas kenderaan bermotor iaitu merangkumi satu perdua daripada kawasan kampus.

Sehubungan itu, warga kampus terdiri daripada kakitangan dan pelajar yang akan melalui kawasan terlibat pada hari berkenaan perlu menggunakan basikal atau berjalan kaki.

Naib Canselornya, Prof Datuk Dr. Nor Aieni Mokhtar berkata, bagi memudahkan pergerakan pelajar dan kakitangan sebanyak 262 basikal disediakan.

“Pusat Pembangunan dan Harta dengan Bahagian Pentadbiran Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (Hepa) diberi tangggungjawab untuk menguruskan penggunaan basikal berkenaan.

“Meskipun bacaan udara di UMT berada pada tahap terbaik ketika ini, namun kempen ini dapat membantu mengurangkan penggunaan kenderaan bermotor dan secara tidak langsung pembebasan gas karbon monoksida dalam kampus dapat dikurangkan secara optimum.

“Malah, kesesakan lalu lintas dan kekangan lot parking adalah isu utama yang dapat ditangani dengan wujudnya program ini, selain membudayakan amalan hidup sihat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Hari Bebas Kenderaan Bermotor di perkarangan Kompleks Siswa, di sini, pagi tadi.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");