Jenayah

Wad Lelaki HRPB Dikosongkan Akibat Litar Pintas

IPOH: Wad 5B Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini terpaksa dikosongkan setelah berlaku litar pintas malam Rabu.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata litar pintas itu berlaku pada plug dinding katil di wad yang menempatkan pesakit lelaki kira-kira 11.16 malam.

Dr Noor Hisham berkata tiada sebarang kecederaan sama ada membabitkan pesakit atau kakitangan hospital dilaporkan berlaku.

“Pihak hospital telah memindahkan pesakit ke wad lain dan kajian keselamatan serta pendawaian sedang dijalankan,” katanya.

– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");