Jenayah

Wanita Thailand ditemui mati

MARANG: Seorang wanita warga Thailand ditemui mati dengan sembilan kesan kecederaan di kepala, malam tadi.

Mangsa yang dikenali sebagai Hayimatiyoh, 35, ditemui dalam keadaan terbaring kira-kira jam 7.30 malam di dapur rumahnya di Kampung Che Jah, Binjai Rendah, di sini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Wan Abdul Aziz Wan Hamzah, berkata mangsa dipercayai dibunuh seorang lelaki yang juga pekerjanya berusia dalam lingkungan 20-an.

“Suspek dipercayai penagih dadah dan berdasarkan keterangan saksi, mangsa pernah beberapa kali menyatakan hasrat memberhentikan lelaki itu kerana tidak tahan diugut untuk mendapatkan wang.

“Kira-kira jam 2 petang semalam, mereka dilaporkan bertengkar dan jiran mendakwa terdengar jeritan dari rumah mangsa yang turut dikenali sebagai Syarifah atau Kak Pah,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, hari ini.

Ketika ini, katanya, polis giat menjalankan gerakan memburu suspek yang melarikan diri selepas kejadian.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk bedah siasat manakala siasatan dilakukan mengikut Seksyen 302 Kanun Kesiksaan.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/217669

-BH Online

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");