Berita Hari Ini

2,912 murid terima bantuan pakaian sekolah

Kuala Nerus: Seramai 2,912 murid sekitar Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Rakit, menerima bantuan pakaian sekolah daripada kerajaan negeri.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Rakit Bazlan Abd Rahman berkata, pemberian bantuan pakaian sekolah itu dilaksanakan bagi meringankan beban penduduk setempat dalam menyediakan keperluan sekolah anak mereka untuk sesi 2017.

“Bantuan baucar tunai ini diberikan setiap tahun, sekali gus membuktikan kecaknaan kerajaan negeri kepada penduduk setempat.

“Setiap penerima menerima RM100 selain kupon potongan harga pembelian di beberapa pusat beli belah di negeri ini,” katanya selepas majlis penyampaian baucar tunai di Dewan Sivik, di sini, hari ini.

Menurutnya, semua murid terbabit terdiri daripada 188 keluarga kurang berkemampuan di DUN Batu Rakit.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");