Sukan Hari Ini

LFK medan pemilihan skuad Sukan SEA

Petaling Jaya: Kejohanan Liga Futsal Kebangsaan (LFK) yang bermula 4 Februari ini, bakal menjadi medan pemilihan skuad futsal bagi menghadapi temasya Sukan SEA 2017.

Justeru itu, Pengerusi Jawatankuasa Futsal dan Bola Sepak Pantai Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Wira Mohd Yusof Mahadi meminta semua pemain yang menyertai LFK menunjukkan kemampuan dan kehebatan masing-masing.

“Saya sudah meminta barisan jurulatih kebangsaan diketuai Chiew Chun Yong untuk memantau semua pasukan pada kejohanan itu untuk mencari bakat baharu kerana itu kesempatan paling sesuai.

Saya minta semua pemain dan pasukan membuat persediaan rapi supaya kami dapat mencari pemain mewakili negara dalam merealisasikan sasaran kita final Sukan SEA apabila menjadi tuan rumah nanti,” katanya kepada pemberita selepas majlis pengundian pusingan kelayakan LFK di Wisma FAM di sini, semalam.

Pada majlis pengundian itu, Sarawak, KL Imigresen FC, KL City FC, KL Petaling Putra dan Sabah Quilmes FC diundi dalam Kumpulan A, manakala Kumpulan B membabitkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Perlis KSMR Kangar FC, Pulau Pinang, Pulau Pinang MBPP dan Pahang Kuantan Rangers FC.

Pusingan kelayakan LFK itu yang akan berlangsung di Kompleks Sukan Panasonic, Shah Alam bermula hari ini hingga Jumaat ini.

Hanya dua pasukan terbaik akan meraih slot ke LFK 2017 untuk bersaing dengan lapan pasukan yang meraih slot secara automatik bagi kategori lelaki.

Lapan pasukan berkenaan adalah juara bertahan FELDA United FC, T-Team, Kuala Lumpur, Melaka, Perak, Selangor, Pahang dan Sabah.

Bagi kategori wanita, tiada pusingan kelayakan kerana hanya lapan pasukan terbabit, antaranya juara bertahan Selangor, FELDA United FC, Sabah, PDRM, Perak dan Kuala Lumpur. – BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");