Jenayah

6 sekeluarga cemas MPV terbalik di lebuh raya

Melaka: Enam sekeluarga berasal dari Singapura termasuk seorang wanita hamil tujuh bulan menempuh detik cemas selepas Toyota Innova dinaiki mereka terbalik di Kilometer 198.9 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan berhampiran Plaza Tol Simpang Ampat, Alor Gajah, petang kelmarin.

Dalam kejadian jam 5.30 petang itu, mangsa dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Johor Bahru, Johor.

Jurucakap polis berkata, kenderaan itu dipandu lelaki berusia 26 tahun dan ketika kejadian, dia bersama isteri yang sarat mengandung, tiga anak mereka dan adik lelakinya.

“Wanita berkenaan dilaporkan mengalami komplikasi pada kandungannya, adik ipar berusia 11 tahun patah kaki kanan dan cedera di kepala manakala suami serta tiga anaknya hanya cedera ringan.

“Hasil siasatan awal polis tidak menolak kemungkinan pemandu hilang kawalan menyebabkan kenderaan itu terbabas ke bahu jalan lalu terbalik,” katanya.

Difahamkan, wanita berkenaan sedang dirawat di sebuah hospital manakala adik iparnya dipindahkan ke sebuah pusat perubatan di Singapura.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri, Superintendan Mohd Sham Abdullah berkata, kemalangan itu tidak membabitkan mana-mana kenderaan lain dan kes disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Kejadian itu turut mendapat perhatian pengguna Facebook (FB) apabila gambar kenderaan yang remuk teruk pada bahagian bumbung menjadi viral.

-Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");