Berita Hari Ini

700 ahli keluarga tokoh ulama Perak berkumpul

KUALA KANGSAR: Seramai 700 ahli keluarga keturunan tokoh ulama Perak pada 1530-an, Syed Husain Al-Faradz Jamalullail berkumpul pada Program Perhimpunan Saudara Semoyang di Kampung Temong, di sini, hari ini.

Pengerusi program, Sayed Azlan Sayed Ahmad, berkata perhimpunan itu bertujuan mengeratkan silaturahim dan ukhwah sesama ahli keluarga.

Katanya, program itu juga dapat mendedahkan generasi baharu keluarga mengenai hubungan persaudaraan antara mereka yang berlainan moyang namun berasal daripada rumpun yang sama iaitu Syed Hussein Al-Faradz Jamalullail.

Beliau berkata, program dua hari bermula semalam itu membabitkan pelbagai aktiviti antaranya menziarahi pusara nenek moyang, pertandingan menumbuk sambal, bersalawat beramai-ramai, pemeriksaan kesihatan dan pembentangan serta dialog melalui salasilah keturunan bertujuan mengeratkan hubungan sanak-saudara yang jauh terpisah.

“Menerusi program ini, hubungan dan semangat persaudaraan dapat dibina apabila saudara-mara daripada keturunan kami yang datang daripada pelbagai bidang dapat berkongsi pengalaman masing-masing.

“Progam ini juga berperanan menggalakkan saudara satu keturunan berusaha meningkatkan ekonomi melalui pembabitan mereka dalam koperasi keluarga yang ditubuhkan,” katanya ketika ditemui pada program berkenaan.

Sayed Azlan berkata, Syed Hussein Al Faradz Jamalullail adalah Penasihat Agama merangkap menteri pertama dalam sejarah Kesultanan Perak yang bermula pada era pemerintahan Sultan Mudzaffar Shah 1.

-Berita Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");