Membawang Hari Ini

Adel AF2014 sah menjadi isteri

KOTA KINABALU: Bekas bintang Akademi Fantasia 2014 (AF2014), Adeline Joyce Masidah atau lebih dikenali sebagai Adel selamat melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihannya di sini, hari ini.

Dengan sekali lafaz, Adel, 23, sah menjadi isteri kepada ahli perniagaan, Muhammad Affan Jumahat atau dikenali sebagai Affan, 29, pada jam 11 pagi tadi di rumah keluarga pengantin lelaki di Taman Seri Gaya, dekat sini.

Majlis pernikahan pasangan yang mula mengenali satu sama lain sejak setahun lalu dan mengikat pertunangan pada 3 Disember lalu, berlangsung dalam suasana sederhana dengan dihadiri kira-kira 200 tetamu.

Adel yang baru-baru ini tampil dengan single terbaru berjudul Beranilah, bersyukur kerana kini sudah menjadi isteri orang, sekali gus menamatkan kontroversi yang membelenggu dirinya berkaitan hubungan cinta dengan Affan yang juga duda anak tiga.

“Syukur semuanya berjalan lancar hari ini. Majlis persandingan kami akan berlangsung pada Ahad ini di sebuah lokasi di Tuaran,” katanya kepada BH.

Adel berkata, setakat ini, dia dan suami belum memikirkan mengenai lokasi bulan madu kerana mahu memberi tumpuan terhadap majlis perkahwinan serta beberapa urusan lain.

Penyanyi yang berasal dari Kota Kinabalu itu berkata, walaupun sudah menjadi isteri, suami tiada halangan untuk membenarkannya terus aktif dalam aktiviti seni.

“Saya juga merancang memulakan perniagaan dalam bidang percetakan di Kota Kinabalu, selain terus aktif dalam bidang nyanyian,” katanya.

Majlis pernikahan pasangan itu turut dihadiri dua daripada tiga anak Affan berusia tiga dan lima tahun.

-BH ONline

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");