Jenayah

Ahli perniagaan lepas tiga das tembakan selamatkan diri

KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan nekad melepaskan empat das tembakan ke uadara bagi menyelamatkan diri daripada di samun sekumpulan lelaki di Medan Batu Caves di sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.10 tengah hari itu, mangsa yang merupakan peniaga barangan elektrik itu dikatakan baru sahaja turun dari kenderaannya menuju ke sebuah kedai makan berhampiran lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, mangsa, 59, itu kemudiannya telah didatangi seorang lelaki berusia 30an yang berpura-pura menanyakan alamat sebelum mengacu pisau ke arahnya.

“Suspek kemudiannya dikatakan cuba merampas beg kecil yang dibawa mangsa dan susulan daripada itu menyebabkan mangsa terjatuh ke lantai sebelum pistol serta telefon bimbit miliknya yang disimpan di dalam beg berkenaan turut terkeluar.

“Mangsa seterusnya melepaskan satu das tembakan ke udara dan suspek melarikan diri ke arah Proton Wira sebelum berpatah balik ke arahnya dengan mengacu pisau. Mangsa yang mahu menyelamatkan diri terpaksa melepaskan dua das tembakan lagi,” katanya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Ali memberitahu, suspek yang terkejut berjaya melarikan diri bersama-sama telefon bimbit milik mangsa.
“Ekoran daripada itu, mangsa telah membuat laporan polis di Balai Polis Batu Caves untuk tindakan lanjut.

“Siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 392 dan Seksyen 397 Kanun Keseksaan,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");