Berita Hari Ini

Rohingya: Bagi amaran juga kepada kedutaan Myanmar

KOTA BHARU – Pemuda Pas menggesa kerajaan Malaysia menghantar amaran kepada kedutaan Mynmar untuk menghentikan kekejaman yang berlaku melibatkan masyarakat Rohingya di sana.

Ketua Penerangan Pemuda Pas Pusat, Ahmad Fadhli Shaari berkata, amaran tersebut sebagai bukti ketegasan Malaysia dalam memperjuangkan nasib yang dilalui oleh masyarakat Rohingya.

“Walaupun Perdana Menteri, Datuk Seri Najib sendiri telah menyertai solidariti Rohingya yang dibuat semalam, namun tindakan yang lebih tegas tetap perlu dilakukan dan salah satunya dengan ialah menghantar amaran ini.

“Malah tidak keterlaluan juga untuk panggil duta Myanmar bagi memberi penjelasan yang tepat mengenai apa yang berlaku,” katanya kepada Sinar Harian di sini.

Ahad lalu, buat pertama kalinya kepimpinan tertinggi kerajaan Malaysia dan BN seiring bersama Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan solidariti Malaysia terhadap keganasan yang menimpa masyarakat Rohingya.

Ahmad Fadhli berkata, perhimpunan solidariti tersebut telah berjaya membuktikan umat Islam seluruh negara bersatu menyatakan suara mereka menentang sikap tidak berperikemanusiaan yang telah dilakukan kepada masyarakat Rohingya.

Ketua Pemuda Pas Kelantan itu juga memberitahu, amaran tersebut amat perlu bagi membuktikan rakyat Malaysia bukan hanya menyatakan solidariti dan suara mereka, namun dengan tindakan yang bersesuaian.

“Pemuda Pas tidak mahu Datuk Seri Najib hanya bersandiwara untuk menyatakan bantahan dalam perhimpunan semata-mata tetapi mesti diikuti dengan tindakan sesuai dengan beliau sebagai perdana menteri.

“Kita bukan hanya bersuara, tetapi bertindak mengikut apa yang sesuai,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");