Berita Hari Ini

Baik pemimpin serah sendiri bantuan BR1M

KUALA LUMPUR – Pemimpin Umno disaran menyerahkan sendiri Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada penerima bantuan itu kerana ia antara kaedah terbaik untuk menyantuni rakyat.

Perwakilan Umno dari Sabah, Datuk Mohd Ariffin Mohd Arif berkata, pengagihan BR1M yang kini dibuat secara terus ke akaun penerima dilihat tidak akan dapat meningkatkan kehadiran dan imej Umno dalam masyarakat.

“Jangan berikan BR1M melalui mesin (mesin pengeluaran wang automatik), mesin tiada perasaan, biar pemimpin Umno sampaikan dari tangan ke tangan…ini usaha kita dan ini tandanya kita dekat dengan rakyat.

“Inilah caranya, kita turun padang sebelum, semasa dan sesudah pilihan raya seperti mana presiden (Datuk Seri Najib Tun Razak) nak,” katanya ketika membahaskan usul ucapan dasar Presiden Umno pada Perhimpunan Agung Umno 2016, di sini, hari ini.

Timbalan Ketua Bahagian Kimanis itu turut memberitahu, kewujudan Umno di Sabah sejak 25 tahun lepas bukan untuk menjajah tetapi untuk menyatupadukan rakyat sambil membangunkan negeri berkenaan.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");