Jenayah

Tragedi ketika iring jenazah

KEMAMAN: Empat pensyarah sebuah kolej di Pahang yang sedang mengiringi jenazah rakan mereka pulang ke Kota Bharu, Kelantan, nyaris maut selepas pacuan empat roda dinaiki mereka terbabas melanggar pengadang jalan, petang semalam.

Kejadian berlaku kira-kira jam 3.45 petang di Kilometer 315 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) berdekatan Kijal.

Mangsa, Abdul Rahim Abdul Razak, 49, berkata, ketika tiba di lokasi kejadian, Mitshubishi Triton dipandunya gagal dikawal lalu merempuh pengadang jalan sebelah kiri.

“Lepas rempuh pengadang jalan, kenderaan kami langgar pula besi pembahagi lebuh raya. Waktu itu jantung saya bagai mahu gugur. Apa yang terbayang di fikiran hanyalah nyawa tiga lagi kawan yang bersama saya,” katanya.

Akibat nahas itu, seorang rakannya, Hatin Aifa Mat Fauzi, 25, mengalami kecederaan di dagu, sementara Abdul Rahim dan dua lagi rakan lain berusia 41 serta 24 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Tambah Abdul Rahim, kemalangan berlaku ketika hujan lebat menyebabkan permukaan jalan licin.

“Saya memandu di lorong kanan sebelum tiba-tiba kenderaan tidak dapat dikawal,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");