Isu Panas

Beri ruang Umno tawan Kelantan

KOTA BHARU – Tindakan mensabotaj kerajaan negeri memberi ruang kepada Umno mengambil alih Kelantan pada PRU14 akan datang.

Speaker Dun Kelantan, Datuk Abdullah Ya’kub berkata, jika sebelum ini Pas hanya menentang Umno, namun jika berlaku pertandingan tiga penjuru pada PRU akan datang, ia bagaikan peluang untuk pembangkang menawan Kelantan.

“Jika berlaku tiga penjuru, Pas akan menentang Umno dan akan ada satu pihak lain mencelah. Bukan yang mencelah akan menang, sebaliknya kalau menang sekalipun ia adalah parti lawan yang pernah mentadbir negeri sebelum 1990. Tapi kita harap mereka (Umno) tak menang.

“Betul, demo (kamu) tak berkenan dengan perkara-perkara maksiat, tapi demo bagi tongkat (turut bertanding PRU) untuk bolehkan orang buat maksiat,” katanya ketika menyampaikan Kuliah Jumaat di Medan Ilmu, semalam.

Abdullah berkata, sebelum ini Pas lawan Umno, dan (Pas) menang sehingga boleh memerintah kerajaan negeri sehingga hari ini.

“Bila demo mencelah, ini gambaran demo bagi tongkat untuk musuh ambil balik Kelantan dan mentadbir ikut acuan mereka sebagaimana dilakukan sebelum ia diambil alih kepimpinan ulama pada 1990,” katanya.

Mengulas lanjut, Abdullah berkata, terdapat desakan menggantikan kerajaan Islam yang ada di Kelantan, namun persoalan siapa yang bakal menggantikannya melainkan dengan pemerintahan sebelum ini.

“Dulu kita lawan untuk gantikan pentadbiran sebelum ini dengan kerajaan yang didokong ulama dan pejuang Islam, tapi bila lawan kali ini, adakah sebaliknya yang diinginkan,” katanya.-sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");