Isu Panas

‘Biar PKR, Pas jawab’

SHAH ALAM – “Saya rasa dua soalan itu patut dijawab PKR dan Pas,”.

Itu komen ringkas Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng ketika diajukan mengenai akan berlaku lagi krisis empat parti di Selangor selepas Pas dan Umno duduk sepentas semasa Himpunan Solidariti Ummah untuk Rohingya di Stadium Titiwangsa, kelmarin.

Pada himpunan itu, Umno dan Pas mengetepikan sempadan politik bagi mendesak badan antarabangsa dan negara komuniti bertindak menghentikan kekejaman terhadap etnik Rohingya di Myanmar.

Menurutnya, sejak tahun lalu DAP dan Pas sudah tiada hubungan di peringkat Pusat cuma hanya ada dalam pentadbiran Selangor sahaja berikutan parti Islam itu yang mahu menamatkan tahalul siyasi.

“Pada Jun tahun lalu, Pas pusat meluluskan usul bagi memutuskan hubungan dengan DAP tetapi masih kekal di Kerajaan Selangor. “Oleh itu, soalan tersebut perlu dijawab PKR dan Pas,” katanya.

Sementara itu, beberapa wakil rakyat DAP yang dihubungi Sinar Harian enggan memberi sebarang maklum balas.

Adun Seri Kembangan, Ean Yong Hian Wah dan Adun Kinrara, Ng Sze Han hanya memberi maklum balas ‘no komen’ ketika soalan diajukan kepadanya menerusi WhatsApp, semalam.

Sementara itu, Amanah Selangor menyifatkan keakraban Pas dan Umno dalam itu kelmarin jelas menunjukkan ‘keserasian’ parti politik berkenaan yang makin erat.

Pengerusinya, Ir Izham Hashim berkata, mengambil kira pendirian Pas yang tidak mahu menyertai himpunan Bersih 5 dan sebagainya memberi gambaran akan ada satu bentuk kerjasama Pas dan Umno dalam PRU akan datang.

“Saya berpendapat tidak ada krisis parti di negeri ini, cuma ia akan mengganggu sedikit sebanyak perjalanan dan persiapan Pakatan Harapan dalam PRU kelak di Selangor,” katanya.

Izham berkata, secara peribadi beliau tidak nampak akan berlaku kerjasama Pakatan Harapan dengan Pas walaupun ada yang berkata masih ada harapan.

“Kita membuka pintu tetapi tidak selama-lamanya. Pakatan Harapan semakin mantap dengan Bersatu yang akan bergabung dalam masa terdekat.

“Pakatan Harapan dengan empat komponen parti bersedia mempertahankan Selangor,” katanya.

-Sinar Harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");